KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.25 peratus pada Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) keempatnya pada minggu ini, kata Moody’s Analytics.
Mesyuarat MPC dua hari BNM dijadualkan bermula esok.
Sementara itu, MIDF Research berkata BNM akan “mempertimbangkan untuk satu lagi kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas” berikutan peningkatan berterusan dalam inflasi teras, sekali gus mencerminkan permintaan dalam negeri yang kukuh.
Pada mesyuarat MPC ketiga yang diadakan pada bulan Mei, bank pusat itu telah menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus. Kadar siling dan lantai bagi koridor OPR juga masing-masing meningkat kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.
Ia berkata pembukaan semula ekonomi global yang berterusan dan peningkatan dalam keadaan pasaran buruh terus menyokong pemulihan aktiviti ekonomi. – BERNAMA