Home Seni Hidup Syamsul, Kazar muncul bersama di TikTok

Syamsul, Kazar muncul bersama di TikTok

Foto media sosial.

KUALA LUMPUR –  Belum reda mengenai tindakan Puteri Sarah yang mengambil tindakan saman ke atas Ira Kazar – tular pula video bapa wanita itu bersama Syamsul Yusof di sebuah kedai emas yang mengundang kontroversi.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok itu, kelihatan Syamsul dan Kazar seolah-olah menghasilkan kandungan media sosial sambil memegang perhiasan emas.

Umum mengetahui, Kazar merupakan bapa kepada Ira, gadis yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Syamsul sehingga rumah tangga dengan Puteri Sarah menghadapi masalah.

Sementara itu, tindakan Syamsul yang juga pengarah filem Mat Kilau yang pecah panggung kini kurang disenangi segelintir netizen yang mendakwa beliau seperti tidak menjaga hati perasaan isteri dan keluarganya.

Malah rata-ratanya memberi komen dengan berharap agar Puteri Sarah tabah dan kuat berhadapan dengan ujian rumah tangganya itu.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Pada Jumaat lalu, pelakon, Puteri Sarah,37, memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya, pelakon iaitu Ira Kazar.

Puteri Sarah berkata, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang. – MalaysiaGazette