
KUALA LUMPUR – Kes kematian akibat jangkitan Covid-19 naik kepada lapan semalam berbanding lima kelmarin.
Pertambahan itu menjadikan kes terkumpul kematian akibat Covid-19 kepada 35,784.
Data COVIDNOW melaporkan kes jangkitan baharu sebanyak 1,918 menjadikan jumlah keseluruhan 4,538,035.
Daripada jumlah itu sebanyak 29,382 kes aktif dengan 28,140 qtqu 95.8% kuarantin di rumah.
Kes yang dirujuk di hospital pula 1,172 atau 4.0% dengan 42 kes di tempatkan di unit rawatan rapi.
Sebanyak 24 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette