KUALA LUMPUR – MET 1 Residence yang dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.37 bilion oleh Naza TTDI Sdn Bhd bakal menjadi pusat perdagangan antarabangsa, perniagaan dan hab kediaman baharu di Kuala Lumpur apabila siap pada suku keempat 2022.
Dengan rekabentuk ringkas dan elegan, menara 55 tingkat ini didirikan berhadapan hab komuniti bersepadu KL Metropolis seluas 75.5 ekar yang akan mejadi pusat perdagangan dan pameran antarabangsa di Kuala Lumpur.
Menepati gaya hidup yang elegan dan mewah di KL Metropolis, MET 1 Residences menampilkan pemandangan panoramik latar langit bandaraya KL yang menakjubkan.
Kenderaan awam, penduduk dan perkhidmatan akan diselaraskan melalui laluan dalaman pelbagai peringkat bagi memastikan privasi dan keselamatan optimum untuk penghuninya.
Terdapat empat susun atur tersedia di MET 1 Residences dengan kawasan binaan antara 677 kaki persegi hingga 1,613 kaki persegi.
Setiap unit mempunyai pelan lantai dengan susun atur berkembar atau banglo, bergantung pada kawasan binaan yang menawarkan ruang yang selesa dan reka bentuk yang inovatif.
MET 1 terdiri daripada menara pejabat, pangsapuri servis Somerset, MET 1 Residences dan pusat membeli-belah tiga tingkat sedang dibangunkan. MET 1 menawarkan kediaman yang ideal bagi mereka yang ingin menikmati kemudahan moden dan pelbagai akses mudah serta dilihat sebagai ‘Gateway’ ke pusat bandar baharu yang dipanggil KL Metropolis.
Ketua Pegawai Eksekutif NAZA TTDI, Daniel Lim berkata, MET 1 Residences dijangka siap menjelang hujung tahun ini dan memperkukuhkan komitmen syarikat untuk mempercepatkan pembangunan KL Metropolis, yang bakal menjadi lokasi rebutan generasi baharu dengan ekosistemnya yang moden, inklusif dan mampan.
Pembinaan MET 1 Residences kini mencapai tingkat tertinggi iaitu tingkat 55 meskipun selepas dua tahun mengharungi pandemik.
”Pencapaian ini membuktikan komitmen Naza TTDI untuk menyiapkan projek ini sepenuhnya walaupun melalui waktu sukar,” katanya.
Tambah Lim, KL Metropolis berpotensi sebagai bandar mikro di Kuala Lumpur memandangkan kedudukannya yang strategik di tengah bandar dan dihubungkan dengan empat lebuh raya utama – Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Lebuhraya SPRINT dan Lebuhraya Utara-Selatan.
Pembangunan projek mega ini adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan ke sebelas (SDG 11), satu daripada 17 matlamat yang membentuk Agenda Pembangunan Lestari 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyediakan sasaran dan panduan untuk perancangan bandar bagi menyokong bandar dengan populasi yang semakin meningkat.
SDG 11 bertujuan untuk memperbaharui dan merancang bandar dan penempatan manusia yang menawarkan peluang sama rata, dengan akses kepada perkhidmatan asas, tenaga, perumahan, pengangkutan dan persekitaran hijau dengan mengurangkan kesan penggunaan sumber dan impak kepada alam sekitar. – MalaysiaGazette