CHICAGO – Seorang lelaki, yang dipercayai melepaskan tembakan semasa perarakan Hari Kemerdekaan dekat sini sudah ditahan.
Polis berkata, Robert E Crimo III, berusia 22 tahun, telah ditahan selepas insiden kejar-mengejar.
Crimo telah ditangkap selepas pemburuan selama berjam-jam.
Suspek kemudian dirujuk sebagai “orang berkepentingan” dalam kes tembakan itu dan selepas penahanannya polis berkata mereka percaya dia bertanggungjawab.
dalam tragedi itu.
Crimo melepaskan tembakan ke arah peserta perarakan hanya beberapa minit selepas ia bermula.
Lima orang dewasa terbunuh di tempat kejadian, serta seorang lagi mangsa yang menurut koroner tempatan meninggal dunia di hospital berdekatan.
Manakala 24 orang lagi dikejarkan ke hospital. – BBC
6 maut dalam tembakan rambang sambutan Hari Kebangsaan di Chicago