Home Sukan Bintang EPL sudah jadi perogol bersiri

Bintang EPL sudah jadi perogol bersiri

Gambar hiasan

LONDON – Seorang bintang bola sepak terkemuka antarabangsa dalam kelab Liga Perdana Inggeris yang pernah ditahan pada Isnin lalu kerana disyaki merogol seorang gadis pada Jun 2022 telah dicekup kali kedua atas tuduhan yang sama.

Suspek berusia lewat 20-an itu diberkas polis yang datang pada jam 3 pagi dengan enam kenderaan ke kediamannya ketika dia sedang tidur pada hari Isnin lalu.

Mangsa pertama insiden rogol itu telah membuat aduan kepada polis bahawa dia telah dirogol dan diserang secara seksual oleh suspek semasa cuti musim panas Jun lalu ketika melawat ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Gadis itu juga telah memberi keterangan lengkap dan menunjukkan kesan lebam akibat serangan seksual yang dilakukan pemain bola sepak profesional itu kepada polis semasa proses aduan dan merakam keterangan.

Bertindak atas laporan polis mangsa, rumah suspek diserbu sepasukan polis dan dia diherat keluar dari rumahnya dalam keadaan tangan bergari sebelum ditahan di lokap Balai Polis Kota Metropolitan London serta disoal siasat polis selama 15 jam.

Menerusi soal siasat itu,wajah hitam pemain itu terbongkar apabila mendapati dia turut melakukan perbuatan keji itu ke atas dua lagi mangsa berlainan berusia 20-an pada April dan Jun 2021.

Pemain berkenaan bakal beraksi untuk pasukan kebangsaan dalam Piala Dunia Qatar 2022 November ini dan juga sudah bersiap untuk menyertai perlawanan pramusim EPL hujung minggu ini sebelum diberkas atas kesalahan merogol gadis.

Kini dia telah dibebaskan dengan jaminan polis sehingga Ogos ini sementara  kertas siasatan rogol ke atas pemain itu disiapkan.

Rakan-rakan suspek dalam kelab EPL turut terkejut dengan dakwaan rogol yang dihadapi pemain itu dan ia menjadi topik hangat dalam kumpulan perbualan WhatsApp mereka.

Kelab EPL berkenaan enggan mengulas lanjut ketika akhbar the Sun cuba mendapatkan kenyataan mengenai isu tersebut.

Namun masih belum jelas sama ada bintang terkemuka antarabangsa itu akan beraksi dalam aksi pramusim kelab atau sebaliknya selepas menghadapi pertuduhan rogol ini.-The Sun Sport UK.