Home Dunia India larang caj perkhidmatan di hotel dan restoran

India larang caj perkhidmatan di hotel dan restoran

Gambar hiasan

NEW DELHI – Pihak berkuasa perlindungan pengguna India telah melarang hotel dan restoran daripada mengenakan caj perkhidmatan.

Arahan itu dibuat selepas pihak berkuasa ekoran terdapat peningkatan dalam aduan oleh pelanggan yang terpaksa membayar caj.

Restoran selalunya menambah tip 5% hingga 15% pada bil pelanggan di bawah kategori “caj perkhidmatan”.

Tetapi peraturan baharu mengatakan restoran tidak lagi boleh “menambah caj perkhidmatan secara automatik” pada bil.

Garis panduan baharu itu juga menghalang restoran daripada mengumpul tip daripada pelanggan “di bawah sebarang nama lain” atau “menolak perkhidmatan atau kemasukan kepada pelanggan yang enggan membayar tip”.

Perbalahan mengenai pemberian tip di restoran telah berlaku di negara ini selama beberapa tahun, dengan pelanggan mengadu mereka tidak dimaklumkan tentang caj tambahan ini.

Pada 2017, jabatan hal ehwal pengguna kerajaan mengeluarkan satu garis panduan mengatakan pelanggan hanya perlu membayar harga yang tertera pada kad menu berserta cukai kerajaan.

Jabatan itu berkata, orang ramai boleh menggunakan “budi bicara” mereka sama ada meninggalkan tip atau tidak dan caj tambahan tanpa persetujuan pelanggan adalah “amalan perdagangan tidak adil”.

Kerajaan sebaliknya menggalakkan restoran membayar gaji yang adil kepada pekerjanya dan menaikkan harga produk untuk menampung kos.

Garis panduan baharu mengatakan pengguna boleh membuat aduan dalam talian atau melalui Talian Bantuan Pengguna Nasional. – BBC