Home MGNews MGNews : KBS Luluskan RM60 Juta Baik Pulih Fasiliti Sukan di Pahang

MGNews : KBS Luluskan RM60 Juta Baik Pulih Fasiliti Sukan di Pahang

Kira-kira RM60 juta dana telah diluluskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk kerja-kerja baik pulih fasiliti sukan di seluruh Pahang bagi tahun ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker memberitahu, sebanyak RM30 juta daripadanya bagi tujuan pembinaan Kompleks Belia dan Sukan Pahang yang baharu dan dijangka siap sepenuhnya Ogos tahun depan.