CHICAGO – Seorang lelaki yang dituduh melepaskan tembakan pada perarakan Hari Kemerdekaan dekat Chicago didakwa dengan tujuh pertuduhan membunuh.
Peguam Negeri Lake County, Eric Rinehart berkata, Robert Crimo, 21, akan dihukum atas pertuduhan membunuh.
Serangan di Highland Park menyebabkan tujuh maut dan berpuluh-puluh orang lagi cedera.
Rinehart menambah, berpuluh-puluh lagi pertuduhan akan difailkan sebelum siasatan selesai.
“Ini hanyalah yang pertama daripada banyak pertuduhan yang akan difailkan terhadap Crimo.
“Saya ingin menekankan itu. Akan ada lebih banyak pertuduhan,” katanya dengan sorakan daripada orang ramai yang berkumpul pada sidang akhbar pada hari Selasa.
Suspek didakwa melepaskan 70 butir peluru daripada senapang berkuasa tinggi ke arah orang ramai sebelum menyamar sebagai wanita untuk melarikan diri.
Selepas lapan jam diburu pada hari Isnin, polis akhirnya menahan Crimo dan dia ditemui dengan senapang kedua serupa dengan yang digunakan dalam serangan itu.
Tiga senjata api lain juga ditemui di rumah Crimo, kata polis.
Suspek mempunyai dua kenalan penguatkuasa undang-undang sebelum dia membeli lima senjata api pada tahun lalu, kata polis.
Pada April 2019, polis dipanggil ke rumahnya seminggu selepas dia dilaporkan cuba membunuh diri. Dan pada September 2019, polis dipanggil oleh ahli keluarga yang mengatakan dia membuat ugutan ganas untuk “membunuh semua orang”.
Polis bertindak balas dan mengeluarkan 16 pisau, keris dan pedang dari rumahnya.
Namun, Crimo tidak ditahan untuk tindakan lanjut.
Dia tidak ditahan dan tiada tindakan lanjut diambil. – BBC