Home Utama Jenazah Nurul Azwani selamat dikebumikan

Jenazah Nurul Azwani selamat dikebumikan

Reaksi Ahli keluarga dan kenalan rapat kelihatan sebak ketika pengebumian jenazah mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Allahyarhamah Nurul Azwani Kamarulzaman ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh,Selangor. Foto MUHD NA'IM, 17 DISEMBER 2022.,

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Nurul Azwani Kamarulzaman yang merupakan mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland selamat dikebumikan.

Menurut perkongsian Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI jenazah telah disolatkan di Masjid Abu Hurairah, Batu 5 di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Selaseh Gombak malam ini.