Home Nasional MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di lapan negeri hingga 20 Dis

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di lapan negeri hingga 20 Dis

Kelihatan cuaca mendung melanda ibu kota berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Raub dan Bentong), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) dan Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 13 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di lapan negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor, yang dijangka berlaku hingga 20 Dis ini.

Jabatan itu dalam kenyataan malam ini memaklumkan hujan yang sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu manakala hujan lebat berterusan diramalkan di Kelantan dan Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi, Cameron, Lipis serta Jerantut.

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Pahang (Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

 

— BERNAMA