HONG KONG – Seramai 18 orang penumpang bas dua tingkat terbunuh manakala 50 lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan dan terbalik.
Bas yang membawa penonton dan pekerja dari balapan kuda itu dikatakan gagal hilang kawalan kerana dipandu laju sebelum terbalik di kawasan New Territories.
Beberapa penumpang berjaya keluar dari bas tersebut tetapi yang lain terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba.
Pemandu bas telah ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian dengan memandu secara berbahaya.
Beberapa saksi berkata, pemandu yang mempunyai rekod baik dan tahu keadaan jalan telah memandu secara tergesa-gesa untuk mengejar perjalanan penumpang.
Mereka yang maut di tempat kejadian terdiri daripada tiga wanita dan 15 lelaki dan 10 lagi kritikal.
Kemalangan jalan raya jarang berlaku di Hong Kong. – MalaysiaGazette