Home Utama Malaysia, Singapura bincang pusat pemeriksaan tunggal Tambak Johor

Malaysia, Singapura bincang pusat pemeriksaan tunggal Tambak Johor

SEGAMAT, 11 Feb -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan) bersama isterinya Datin Seri Hamidah Khamis (dua, kiri ) pada pelancaran naik taraf Jalan Persekutuan Yong Peng - Segamat hari ini. Turut kelihatan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan) dan Anggota Parlimen Labis Datuk Chua Tee Yong (kiri). --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEGAMAT – Malaysia akan mengadakan perbincangan secara terperinci dengan kerajaan Singapura berhubung cadangan memperkenalkan pusat pemeriksaan tunggal di Tambak Johor, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean bagi membincangkan secara terperinci cadangan pusat pemeriksaan tunggal Kastam dan Imigresen itu.

“Mereka (Singapura) perlu membentuk badan bertindak seperti dilakukan Malaysia… saya belum bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Singapura (Teo) kerana beliau adalah dalam kedudukan yang sama seperti saya dan kita akan bincangkan secara terperinci mengenai perkara itu.

“Mungkin soal tafsiran yang berbeza dan ini perlukan artikulasi daripada kedua-dua belah pihak antara Malaysia dan Singapura,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan projek membina semula jalan persekutuaan Yong Peng-Segamat di Tenang di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Chua Tee Yong yang juga anggota Parlimen Labis. – MalaysiaGazette