Home Utama BN untuk masa depan anak muda

BN untuk masa depan anak muda

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) bergambar kenangan dengan sebahagian belia pada Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 2018 di Homestay Banghuris, Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 11 FEBRUARI 2018.

SEPANG – Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk masa depan untuk golongan belia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jelasnya, ia terbukti melalui dasar-dasar dalam negara yang dilaksanakan dengan lebih terbuka dan berasaskan kepada keperluan untuk anak muda.

“Kerajaan kita adalah masa depan untuk orang muda. Saya penyokong kuat orang-orang muda di tanah air sebab apa saya kata begitu?

“Sebab saya sebagai Perdana Menteri mengasaskan dasar-dasar yang sebati dengan jiwa orang muda yang tahu isi hati orang muda yang ingin menjaga masa depan orang muda,” katanya  semasa menyampaikan ucapan di majlis penutupan Hari Belia 4B Malaysia Karnival Muhibbah 2018 petang ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 2018 di Homestay Banghuris, Sepang. foto FAREEZ FADZIL, 11 FEBRUARI 2018

Menurut Najib, tanggungjawab sebagai pemimpin bukan sahaja untuk kita ‘bermain politik’, membuat dasar populis tetapi membawa gagasan besar mengisi impian kepada anak-anak muda.

Justeru itu,  kata Najib, kerajaan menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50) menggunakan pendekatan menggunakan aspirasi anak muda untuk pembangunan negara dan memenuhi keperluan seiring dengan peredaran masa.

“Lihat sahajalah asas utama saya melahirkan gagasan TN50 untuk apa dan untuk siapa? Untuk orang muda bukan utk saya tapi untuk orang muda,” tambahnya.-MalaysiaGazette