MARAN – Pasukan Felda United FC berjaya merampas kembali kedudukan teratas carta Liga Premier, selepas membenam Pulau Pinang 3-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini malam tadi.
Skuad kendalian B. Sathianathan membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi penyerang import dari Brazil, Gilberto Valdenesio Fortunato yang menanduk kencang bola ke gawang lawan selepas menerima hantaran daripada sepakan sudut diambil Ramsay.
Selang lapan minit kemudian, penyerang berusia 30 tahun itu menggandakan jaringan apabila pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti setelah bola terkena tangan pemain pertahanan import Pulau Pinang dari Nigeria, Ugochukwu Ukah dalam kawasan kotak penalti.
Bersambung babak kedua, pasukan pelawat cuba bangkit dengan melancarkan beberapa serangan bagi merapatkan jurang, namun pertahanan skuad ‘The Fighters’ kebal menyerap asakan.
Felda United FC kini berada di puncak liga selepas meraih sembilan mata penuh daripada tiga aksi liga setakat ini, diikuti Sabah di tempat kedua dengan tujuh mata, manakala Pulau Pinang berada di tempat ketujuh dengan tiga mata. – MalaysiaGazette