KUALA LUMPUR – Pengeluaran etah asli meningkat sebanyak 14.3 peratus pada Disember 2017 kepada 67,125 tan metrik berbanding November tahun yang sama.
Sektor kebun kecil kekal sebagai penyumbang utama pengeluaran getah asli iaitu melebihi 90 peratus.
Jabatan Perangkaan berkata, harga purata bulanan Lateks Pekat dan Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M 20) pada Disember 2017 adalah 473.11 sen sekilogram dan 580.79 sen sekilogram, masing-masing berkurangan sebanyak 0.4 peratus dan 0.1 peratus berbanding November 2017.
Eksport getah asli pada Disember 2017 dicatatkan sebanyak 51,995 tan metrik, naik sebanyak 9.3 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Lima destinasi utama eksport getah asli adalah China, Jerman, Iran, Amerika Syarikat dan Finland.
Penggunaan domestik getah asli pula meningkat 2.7 peratus kepada 43,617 tan metrik pada Disember 2017 berbanding bulan sebelumnya.
Industri terbesar menggunakan getah asli adalah industri sarung tangan getah iaitu 32,169 tan metrik (73.8 peratus).
Manakala dari segi stok, paras stok getah asli meningkat 6.4 peratus kepada 230,315 tan metrik pada akhir Disember 2017. – MalaysiaGazette