KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melanjutkan kontrak Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif selama tiga tahun berkuatkuasa 1 April ini.
Lanjutan kontrak Wan Zulkiflee dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.
“Beliau berpengalaman luas dalam industri minyak dan gas negara dan telah berkhidmat di Petronas selama lebih tiga dekad.
“Pengalaman luas dan kejayaan Wan Zulkiflee memimpin Petronas mengharungi pelbagai cabaran dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini akan memastikan Petronas terus menunjukkan prestasi cemerlang, seterusnya menyumbang kepada kemakmuran rakyat dan negara,” kata kenyataan itu.
Wan Zulkiflee mula memegang jawatan itu pada 1 April 2015. – MalaysiaGazette