Home Nasional SPR mula pamer status permohonan pendaftaran pengundi

SPR mula pamer status permohonan pendaftaran pengundi

Gambar hiasan

KUALA LUMPURĀ – Orang ramai boleh menyemak status permohonan pendaftaran pengundi baharu atau pertukaran bahagian pilihan raya yang akan dipamerkan di semua pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di seluruh negara selama tujuh hari bermula hari ini.

SPR menerusi kenyataan medianya menyatakan ia telah mengeluarkan senarai tuntutan bagi Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Keempat (ST4/207) yang dipamerkan di semua pejabat SPR negeri dengan perincian nama individu.

“SPR menyeru semua pemilih yang sudah mengemukakan tuntutan supaya membuat semakan nama mereka termasuk individu yang namanya tidak dipamerkan dalam pameran Rang DPT ST4/2017 yang diadakan sebelum ini pada 17 hingga 30 Januari lalu.

“Mereka boleh membuat semakan semula di pejabat SPR negeri,” kata SPR.

Sebarang pertanyaan mengenai pameran senarai tuntutan bagi ST4/2017 boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR melalui talian 03-88927018 atau menghubungi mana-mana pejabat SPR berdekatan. -MalaysiaGazette