KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia (TM) mengumumkan pelantikan Datuk Rafaai Samsi sebagai Ketua Pegawai Teknologi dan Maklumat (CTIO) yang baharu.
Beliau akan menggantikan Giorgio Migliarina yang melepaskan jawatannya berkuatkuasa 18 Februari ini.
Sebelum ini, Rafaai adalah timbalan kepada Giorgio dan Ketua Pegawai Pengalaman Pelanggan TM.
Rafaai adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Brighton, United Kingdom dan Sarjana dalam Pengurusan Komunikasi dari Universiti Strathclyde, United Kingdom. – MalaysiaGazette