Home Ekonomi Twitter tak mahu diambil alih

Twitter tak mahu diambil alih

SAN FRANCISCO- Ketua Eksekutif Twitter Inc. Jack Dorsey menafikan spekulasi pasaran yang mengatakan syarikat tersebut bakal diambil alih.

Jelasnya, beliau melihat nilai Twitter akan kekal tinggi sebagai sebuah syarikat bebas.

“Saya selalu merasakan kami mempunyai lebih kekuatan apabila berdiri sendiri. Kami boleh bekerja dalam semua peranti dan kami boleh bekerja menerusi apa jua medium,” katanya ketika menjawab satu soalan dalam Persidangan Teknologi dan Internet Goldman Sachs.

Sesetengah penganalisis mula bercakap semula mengenai kemungkinan berlakunya pengambilan alih Twitter minggu lepas apabila syarikat rangkaian sosial media itu mencatatkan peningkatan luar biasa dalam perolehan dan keuntungan suku pertamanya.

Pada 2016 yang lalu, Walt Disney Co. pernah menyatakan minatnya terhadap Twitter meskipun pada ketika itu saham syarikat tersebut didagangkan separuh harga lebih rendah berbanding sekarang.

Ini bermakna sekiranya ada syarikat yang berminat terhadap Twitter mereka perlu membayar dua kali ganda berbanding 2016.

Saham Twitter ditutup pada AS$33.44 pada Selasa, meningkat lapan peratus berbanding ketika ditutup sebelumnya.-MalaysiaGazette