KAHERAH – Pengkritik kerajaan Abdel Moneim Abul Fotouh dan lima pembantunya ditahan polis Mesir kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Ikhwanul Muslimin.
Abdel Moneim ditahan sebaik sahaja tiba dari menghadiri sesi temubual di London.
Walau bagaimanapun menurut Peguam hak asasi, Gamal Eid dipetik sebagai berkata, lima pembantu Abdel Moneim sudah dibebaskan namun beliau masih ditahan bagi disoal siasat.
Difahamkan, penahanan itu dilaksanakan susulan kenyataan untuk memboikot pilihan raya Presiden Mesir bulan depan oleh Abdel Moneim dan beberapa lagi ahli politik.
Presiden Abdel Fattah Al-Sisi diramal memenangi pilihan raya itu dengan mudah selepas beberapa pesaingnya diketepikan atau menarik balik pencalonan mereka.
Abdel Moneim merupakan bekas calon pilihan raya presiden 2012. -MalaysiaGazette