KUALA LUMPURĀ – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih berteka-teki dalam soal menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) meskipun beliau diasak banyak kali oleh pemberita setiap kali ditemui dalam mana-mana majlis.
Perdana Menteri yang menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA hari ini sekali lagi diasak dengan persoalan tarikh tersebut,
Bagaimanapun, Najb mengambil pendekatan melontarkan soalanĀ semula kepada pengamal media.
“Bila awak mahu (tarikh PRU14)?” soal Perdana Menteri kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan San Choon, Wisma MCA, di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Najib selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) membayangkan tarikh PRU akan diadakan sebelum 14 Julai, sebelum jemaah haji berlepas.
Kerajaan perlu mengadakan PRU sebelum berakhir tempoh penggal kali ini pada 24 Jun 2018.
Dalam pada itu, Najib yang menghadiri rumah terbuka anjuran parti komponen BN itu hari ini menyifatkan kehadiran luar biasa pengunjung daripada pelbagai kaum sebagai satu ‘limpahan kekayaan’ perpaduan di negara ini.
“Program ini adalah inisiatif baik dengan sokongan penuh (rakyat). Malaysia adalah sebahagian daripada kekayaan itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.