Home Dunia “Cari pembunuh adik saya”

“Cari pembunuh adik saya”

Ahli keluarga tidak dapat menahan sedih sebaik sahaja keranda Joanna Demafelis tiba di terminal kargo hari ini. foto Agensi

MANILA – Mayat pembantu rumah Filipina yang ditemui dalam peti sejuk beku di Kuwait telah selamat tiba di Manila, beberapa hari selepas negara ini menghentikan penghantaran pekerja domestiknya.

Joanna Demafelis, 29, ditemui awal bulan ini selepas majikannya, seorang lelaki Lebonan dan isterinya warga Syria menghilangkan diri pada tahun 2016.

Kematian Joanna menyebabkan hubungan Manila-Kuwait tegang.

“Kematiannya satu kehilangan besar buat kami. Dia memberitahu ibu mahu bekerja di sana bagi membantu keluarga dan adik bongsu kami.

“Semoga Kuwait dapat mencari pembunuh Joanna,” kata abang mangsa yang ditemui di terminal kargo.

Seramai 252,000 warga Filipina bekerja di Kuwait dan kebanyakannya sebagai pembantu rumah. – MalaysiaGazette