KIZLYAR – Lima wanita terbunuh dalam satu serangan di gereja Kristian di Republik Dagestan, Rusia.
Manakala lima lagi termasuk pegawai polis dan pengawal negara pula cedera.
Serangan itu berlaku apabila orang ramai sedang meninggalkan gereja di bandar ini.
Bagaimanapun, suspek berjaya ditembak dan mati di tempat kejadian.
Suspek dikenal pasti sebagai Khalil Khalilov, 22, seorang penduduk Dagestan.
Kumpulan IS mengaku berada di sebalik serangan tersebut.
“Kami baru sahaja hendak meninggalkan gereja, tiba-tiba seorang lelaki berjanggut sambil memegang pisau dan senapang ke arah berlari ke arah kami,” menurut seorang saksi.
IS kemudian memaklumkan salah seorang ‘tenteranya’ telah melakukan serangan namun tidak memaklumkan bukti terdapat dakwaan tersebut. – MalaysiaGazette