KUALA LUMPUR – Dua daripada tujuh orang yang hilang dan dikhuatiri mati lemas ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Gasi malam tadi.
Kesemua mereka dipercayai memancing berhampiran Kem Sungai Buloh.
Menurut jurucakap bomba, operasi SAR akan diteruskan pagi ini bagi mencari lima lagi mangsa.
Sebelum itu, ketujuh-tujuh mangsa hilang dan dikhuatiri lemas.-BERNAMA
7 pemancing hilang dikhuatiri lemas