WASHINGTON – Presiden Donald Trump telah menandatangani arahan bagi mengharamkan stok peranti senjata yang digunakan oleh seorang lelaki semasa menyerang 58 orang mangsa di Las Vegas tahun lalu.
Alat peranti itu adalah aksesori yang boleh disesuaikan dengan pistol separa automatik untuk meningkatkan kepantasan menembak, menjadikan fungsinya sama dengan pistol automatik penuh.
Bercakap di White House, Trump telah mengarahkan Jabatan Kehakiman mencadangkan satu undang-undang supaya dapat mengharamkan aksesori tersebut.
“Saya telah mengarahkan Peguam Negara, Jeff Sessions untuk memuktamadkan garis panduan baru bagi mengisytiharkan pengharaman stok peranti itu tidak lama lagi,” katanya.
Tambahnya, keselamatan sekolah adalah keutamaan paling tinggi dalam pentadbiran beliau.
Kawalan senjata menjadi isu hangat di Amerika Syarikat selepas insiden serangan di sebuah sekolah tinggi di Florida minggu lalu yang menyebabkan 17 nyawa terkorban.
Para penuntut dan ibu bapa yang terlibat dalam kejadian serangan berdarah itu merancang untuk mengadakan demonstrasi di Tallahassee pada hari Rabu. – MalaysiaGazette