KUALA LUMPUR- MSM Malaysia Holdings Bhd. merekodkan kerugian bersih sebanyak RM32.57 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Pengeluar gula terbesar negara itu mencatatkan perolehan sebanyak RM2.66 bilion pada tahun kewangan 2017 berbanding RM2.65 bilion tahun sebelumnya.
Bagi prestasi suku keempat, MSM Malaysia mencatatkan penyusutan keuntungan sebanyak 9.1 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Ini didorong oleh peningkatan kos pinjaman dan cukai.
Keuntungan bagi tiga bulan terakhir 2017 direkodkan menurun sebanyak 21.7 peratus kepada RM13.08 juta berbanding RM14.39 juta ringgit tempoh sama 2016.
Anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) itu menjangkakan prestasi lebih baik pada masa akan datang didorong oleh penambahbaikan operasi, harga gula mentah yang lebih rendah serta pengukuhan nilai ringgit dalam jangka masa terdekat.-MalaysiaGazette