Home Ekonomi Malaysia pun tidak ada kurangnya – Penganalisis

Malaysia pun tidak ada kurangnya – Penganalisis

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia tidak perlu menunggu lebihan pendapatan untuk mengagihkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan di negara ini.

Ketika belanjawan negara dalam defisit sejak 14 tahun lalu, kerajaan masih meneruskan pelbagai bantuan termasuk pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Penganalisis ekonomi, Rusli Yakim berkata, bonus yang diberikan oleh Kerajaan Singapura kepada rakyatnya sama sahaja apa yang dibuat Kerajaan Malaysia.

“Apa yang diberi oleh Kerajaan Singapura, lebih kurang apa yang diberi dalam BR1M. Cuma kelebihan Singapura memberi kepada seluruh warganya selepas pendapatannya melebihi perbelanjaan. ,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Semalam Singapura mengumumkan rakyatnya yang berusia 21 dan ke atas akan menerima bonus berjumlah S$100 hingga S$300 (RM296 hingga RM888) bergantung kepada jumlah pendapatan mereka.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata, individu yang menerima jumlah bersih S$28,000 (RM82,965) ke bawah bagi pendapatan pada tahun 2016 akan diberikan bonus sebanyak S$300 (RM888) manakala rakyat yang meraih pendapatan antara S$28,001 hingga S$100,000 (RM82,968 hingga RM296,000) menerima S$200 (RM592).

Mengulas lanjut, Rusli berkata, sebagai sebuah negara maju, Singapura ada sebab mengapa mempunyai lebihan pendapatan.

“Negara itu tidak perlu berbelanja untuk pembangunan infrastruktur lagi, Apa yang dilaburkan (untuk pembangunan) kini sudah boleh dinikmati. Berbeza dengan Malaysia yang masih perlu membangunkan infrastuktur.

“Apa yang dinikmati oleh warga Singapura sekarang ini, tidak mustahil akan dinikmati Malaysia dalam 10 tahun akan datang.

“Walau apapun, Kerajaan Malaysia juga memenuhi aspirasi rakyat dari aspek bantuan kerana agihan bantuan telah dilakukan sejak dulu melalui pelbagai cara, meskipun ekonomi negara mencabar,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. meskipun sering menjadi bhn fitnah pembkng,krjaan bwh pimpinan najib sentiasa melakukan yg terbaik utk rakyatnya malah sentiasa membuat penambahbaikkan demi kebaikan brsama

Comments are closed.