SEOUL – Korea Selatan membelanjakan kira-kira 240 juta won (AS$223,237) sepanjang lawatan tiga hari saudara perempuan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dan rombongannya semasa lawatan semasa pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang.
Perbelanjaan itu digunakan untuk pembayaran penginapan, pengangkutan dan makanan untuk empat anggota delegasi dan 18 kakitangan mereka, seorang pegawai di Kementerian Penyatuan Korea Selatan.
Kim Yo Jong dan pegawai-pegawai Korea Utara yang lain tinggal di Hotel Walkerhill, sebuah hotel lima bintang di tepi sungai di timur Seoul.
Beliau dan delegasinya mengembara antara Seoul dan tempat Olimpik Musim Sejuk di pantai timur Korea Selatan , selain menganjurkan jamuan di hotel ternama.
Kementerian itu membelanjakan kira-kira 130 juta won untuk penginapan dan masing-masing 50 juta won lagi bagi pengangkutan dan makanan.
Sebagai perbandingan, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa membayar kira-kira AS$50,000 untuk latihan dan penyediaan 22 atlet Olimpik Korea Utara atau sekitar AS$2,300 setiap satu.
Amaun itu akan menjadi sebahagian kecil daripada wang yang dibelanjakan untuk sdelegasi Korea Utara yang besar untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk, termasuk 229 orang dalam pasukan sorak dan 137 orang dalam orkestra.
Kementerian berkata, Korea Selatan meluluskan anggaran sejumlah AS$ 2.6 juta untuk menjadi tuan rumah bagi para perwakilan Korea Utara yang tidak muncul dalam persaingan – hampir AS$6,200 setiap orang. – MalaysiaGazette