KUALA LUMPUR – Pas berjaya menang kes perebutan hartanah di Batu tetapi diperintahkan membayar RM32,500 kepada empat bekas ahlinya yang keluar parti menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
Sebelum ini, hartanah itu merupakan pejabat Pas kawasan tersebut tetapi pertikaian hak milik muncul setelah beberapa anggotanya menyertai PAN.
Keputusan tersebut diputuskan oleh hakim Ahmad Zaidi Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dipersetujui kedua-dua pihak berhubung penyelesaian kes hartanah itu.
Dengan keputusan ini, hartanah tersebut menjadi milik semula Pas. – MalaysiaGazette