Home Sukan Semangat FC juara Karnival Bola Sepak Penalti Ampang 2018

Semangat FC juara Karnival Bola Sepak Penalti Ampang 2018

Pengerusi Pertubuhan Nadi Sihat, Datuk Ismail Kijo (tengah) bergambar kenangan bersama pasukan Semangat FC yang mengungguli tempat pertama pada Karnival Bola Sepak Penalti Ampang 2018 di Padang MPAJ, Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 25 FEBRUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Semangat FC muncul juara Karnival Bola Sepak Penalti Ampang 2018 yang julung-julung kali diadakan di sini hari.

Dengan kemenangan tersebut, pasukan dari Kementerian Pertahanan (Kementah) itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan piala.

Naib juara pula menjadi milik Tawakal FC dari Kuantan, Pahang yang terpaksa berpuashati dengan wang tunai RM3,000 dan piala.

Sementara itu, Ally FT A sekadar berpuashati dengan tempat ketiga dengan wang tunai RM2,000 dan piala.

Tempat keempat dan kelima pula berpihak kepada Paneka Shooters dan Wawasan Batang Kali, masing-masing membawa pulang RM800 dan RM600.

Antara aksi peserta pada Karnival Bola Sepak Penalti Ampang 2018 di Padang MPAJ, Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 25 FEBRUARI 2018.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Nadi Sihat (Nadi Sihat), Datuk Ismail Kijo.

Karnival Bola Sepak Penalti Ampang 2018 merupakan anjuran bersama Nadi Sihat dan portal MalaysiaGazette.

Ia disertai seramai 138 pasukan dengan penyertaan 1,000 pemain.

Karnival itu turut mendapat kerjasama Persatuan Bolasepak Selangor dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Sebahagian peserta yang menyertai Karnival Bola Sepak Penalti Ampang 2018 di Padang MPAJ, Ampang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 25 FEBRUARI 2018.

Sementara itu, Ismail berkata, karnival itu seiring dengan objektif utama penubuhan Nadi Sihat iaitu untuk membantu kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

“Kesedaran beriadah sentiasa ditekankan dalam masyarakat kerana masyarakat yang cergas dapat membantu menyumbang kepada proses pembangunan negara. Bak kata pepatah, akal yang cerdas ada pada badan yang sihat.

“Dari sudut keharmonian, ia juga menggalakan perpaduan bangsa kerana pasukan yang bertanding diwakili pelbagai kaum,” katanya. – MalaysiaGazette