Home Politik Azmin, pendakap leher dan petanda buruk..

Azmin, pendakap leher dan petanda buruk..

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa hari cuti kerana mengalami sakit belakang,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini sudah mula bertugas walaupun terpaksa memakai pendakap leher.

Hari ini Menteri Besar Selangor itu hadir untuk mempengerusikan Mesyuarat Kewangan Negeri di Shah Alam.

Beliau memaklumkan kesihatannya semakin pulih dan kini sudah boleh bergerak tanpa rasa sakit seperti sebelum ini.

“Saya rasa semakin baik pagi ini dan boleh bergerak tanpa rasa sakit yang teruk,” katanya seperti dilaporkan hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, doktor pakar bedah saraf menasihatkannya agar menjalani latihan intensif fisio selama sebulan.

Baru-baru ini, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mengalami kecederaan sewaktu mengemas rumah bagi menyambut kehadiran ahli baharu dalam keluarganya iaitu cucu sulungnya.

Keterujaan Mohamed Azmi yang membahasakan diri sebagai Tok Dad kepada cucunya sehingga tercedera itu juga ‘ditafsirkan’ secara sinikal oleh penganalisis politik.

Wartawan Agendaily, Helme Hanafi seperti contoh mengaitkan peristiwa menimpa Mohamed Azmin sama seperti kejadian kepada bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim satu masa dahulu.

“Anwar masa TPM (Timbalan Perdana Menteri) jatuh kuda pakai neck collor (pendakap leher), tak lama kemudian hilang jawatan..

“Tok Dad (Mohamed Azmin) pun dengar cerita nak hilang jawatan… DAP dan PAN dah tak mau dia… separuh ADUN PKR tak mau dia… itu kalau PH menang balik Selangor,” katanya dalam status media sosialnya hari ini. – MalaysiaGazette