KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengumumkan pendapatan sebanyak RM1.8 bilion bagi tempoh sembilan bulan, peningkatan sebanyak 26 peratus berbanding
RM1.4 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Peningkatan itu dipacu oleh perniagaan logistik yang baru diperoleh, ditambah pula dengan pertumbuhan kukuh dalam perniagaan kuriernya, menurut Pos Malaysia.
Keuntungan sebelum cukai menurun 17.5 peratus berbanding RM107.4 juta pada tempoh yang sama sebelumnya kepada RM88.6 juta.
Berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, keuntungan sebelum cukai susut kepada RM21.9 juta berbanding RM51.3 juta disebabkan kos operasi yang tinggi. – MalaysiaGazette