KUALA LUMPUR – Pembangkang tidak akan berubah meskipun bersetuju bertanding di bawah satu lambang parti, kata Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata, keputusan mahu menggunakan logo sama merupakan langkah penyelesaian jangka pendek Pakatan Harapan (PH).
“Ya, nak tetapkan satu logo …antara mereka akan jadi satu masalah..sebab DAP tak akan bertolak ansur. Banyak keputusan keputusan PH menunjukkan PH tak stabil dan tak ada pendirian tetap.
“Bertandinglah parti apa pun, mereka tetap akan sama. Bergaduh antara satu sama lain yang di akhirnya rakyat yang akan jadi mangsa,” katanya dipetik sebagai berkata hari ini.
Noor Azmi berkata demikian mengulas pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini yang menyatakan PH akan bertanding menggunakan satu logo sekiranya parti PPBM, DAP masih mempunyai masalah dalam mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Tambahnya, rakyat seharusnya dalam keadaan kini perlu lebih bijak menilai untuk menentukan parti yang benar-benar mampu mentadbir negara dengan melihat kira kucar kacir pembangkang serta pembangunan yang terus dicipta kerajaan.
“Rakyat jangan terpedaya dengan cakap pandai pemimpin yang tak ada pendirian ni. Macam ni ke nak jaga negara? Mampu? Hancurkan negara bolehlah,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Lulus atau tidak, PH pakai 1 logo