Home Nasional Malaysia, Senegal akan bekerjasama dalam sektor pelancongan

Malaysia, Senegal akan bekerjasama dalam sektor pelancongan

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bersama Menteri Pelancongan Senegal, Hon. Mr. Mame Mbaye Niang menandatangani perjanjian persefahamana (MoU) antara Malaysia dan Senegal pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Senegal di WOW KL Pusat Perlancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. foto AQIRA AZEMI, 27 FEBRUARI 2018

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Senegal hari ini bersetuju untuk kerjasama dalam usaha mempromosi sektor pelancongan kedua-dua negara pada masa akan datang.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, kedua-dua kerajaan akan mengambil langkah segera menerusi kolaborasi dalam penyelidikan dan pembangunan.

“Kerjasama ini berhubung latihan dan program berkaitan pelancongan, pertukaran bahan publisiti, sertai mesyuarat pertubuhan, persidangan, kedai barangan kembara dan pameran perdagangan,” katanya pada majlis menandatangani persefahaman (MoU) di sini hari ini.

Pada majlis bersejarah itu, Malaysia diwakili Mohamed Nazri manakala Senegal oleh rakan sejawatan, Hon. Mame Mbaye Niang.

Sementara itu, delegasi Senegal kini berada di ibu negara dalam rangka lawatan rasmi bagi mengukuhkan kerjasama dalam sektor pelancongan dengan Malaysia.

Selepas majlis MoU dan bertemu Mohamed Nazri, Mame dan delegasinya dibawa melawat Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur dan Muzium Negara.

Mereka juga dibawa melawat Homestay Banghuris di Sepang, Selangor selain kawasan tarikan pelancongan di Putrajaya seperti Masjid Putra, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Cruise Tasik Putrajaya dan Taman Botani Putrajaya. – MalaysiaGazette