GENEVA – Sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara kerana program nuklearnya tidak akan berfungsi sebaliknya ia akan ditentang.
Berucap di Forum Perlucutan Senjata PBB, perutusan Pyongyang, Han Tae Song berkata, Amerika Syarikat harus tahu bahawa sama ada sekatan dan tekanan maksimum tidak akan mengancam Korea Utara.
Beliau membuat ulasan itu selepas beberapa hari Presiden Donald Trump meningkatkan sekatan yang disifatkan paling berat ke atas Korea Utara.
Ini kerana sekatan tersebut mensasarkan hampir setiap kapal yang sedang digunakan oleh Korea Utara.
Malah, Han memberi amaran jika Amerika Syarikat mengabaikan usaha tulus Pyongyang untuk meningkatkan hubungan antara Korea tetapi lebih suka provokasi dan konfrontasi, negaranya pasti akan bertindak balas.
Walaupun terdapat ketegangan antara Seoul dan Pyongyang reda semasa ‘Perdamaian Olimpik’ yang baru saja selesai di bandar Pyeongchang, Trump berikrar untuk meneruskan tekanan ke atas Korea Utara.
Beliau memberi amaran jika sekatan terbaru tidak berfungsi, tindakan susulan diterus dengan ‘peringkat lebih kasar’.
Duta pelucutan senjata Washington pula mengulangi desakannya bahawa Amerika Syarikat tidak akan menerima Korea Utara sebagai negara bersenjata nuklear.
“Ia tidak akan berlaku,” kata Robert Wood sambil membalas ancaman Han. – MalaysiaGazette