Home Politik Baik Nurul Izzah suruh Kit Siang letak jawatan

Baik Nurul Izzah suruh Kit Siang letak jawatan

Nurul Izzah Anwar.

KUALA LUMPUR – Desakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang mahu menteri letak jawatan isu penggantungan tugas Pengerusi MARA satu tindakan kurang cerdik.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu berbuat demikian.

“Penggantungan tersebut (Tan Sri Annuar Musa) dibuat oleh Ahli Lembaga MARA dan bukannya Ismail Sabri walaupun MARA berada dibawah kelolaan kementeriannya.

“Lagi pun ianya cuma penggantungan tugas bagi membolehkan pihak berwajib menjalankan siasatan dan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak mahu prosidur siasatan terganggu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Zein yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang menambah, berbeza kes Lim Guan Eng yang masih menjalankan tugas Menteri Besar Pulau Pinang walaupun berulang kali dipanggil membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Begitu juga dengan Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) yang tetap bertugas walaupun beberapa skandal dibuka berkenaan kepincangan pentadbiran.

“Takkan yang itu Nurul Izzah nak pejam mata dan dalam erti kata lain selak kain orang dalam kain sendiri penuh dengan ulat,” katanya lagi.-MalaysiaGazette