Home Nasional Laporan pemerdagangan orang banyak tidak betul

Laporan pemerdagangan orang banyak tidak betul

Alwi Ibrahim

KUALA LUMPUR- Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan banyak laporan berhubung pemerdagangan orang yang dilaporkan oleh media antarabangsa atau tempatan menerusi media sosial adalah tidak benar sama sekali.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, bila ada laporan berkaitan isu itu, agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara akan melakukan siasatan, namun sebahagian besarnya adalah tidak benar.

“KDN bukanlah bersifat denial syndrome’ (sindrom penafian) tetapi sekiranya ada bukti yang sahih berhubung kes itu, KDN akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang termasuk menerusi Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu khas dalam program Landskap bertajuk ‘Dasar dan Penguatkuasaan Anti Pemerdagangan Orang’ di TV1, malam tadi.

Alwi berkata sekiranya masyarakat mempunyai sebarang maklumat atau laporan berhubung kes berkenaan boleh menghubungi talian KDN 03-80008000 untuk melaporkan kegiatan tersebut. – MalaysiaGazette