Home Politik Tun M calon PM untuk tarik pengundi luar bandar

Tun M calon PM untuk tarik pengundi luar bandar

myPPP kini perlu meneruskan kelangsungan hidup dalam arus politik tanahair tanpa Tan Sri M. Kayveas selepas ini. Sebagai permulaan, parti itu disarankan supaya meneruskan usaha menstabilkan ahlinya untuk menjamin kemenangan BN pada Pilihan Raya PRU14, kata Profesor Dr. Sivamurugan Pandian.
Profesor Dr. Sivamurugan Pandian.

KUALA LUMPUR – Pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri oleh Gabungan Pakatan Harapan (PH) semata-mata bertujuan untuk menarik pengundi luar bandar.

Ahli Kluster Perpaduan Nasional, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, biarpun tindakan itu terpaksa ditelan segelintir pemimpin PH demi misi menakluki Putrajaya.

“Pembangkang memilih Tun Mahathir sebagai calon PM kerana mereka berpendapat boleh menarik pengundi luar bandar memandangkan PRU-14 kali ini berteraskan kepada sentimen politik,” katanya selepas menjadi salah seorang ahli panel program Sembang Kopi ‘O’ 3.0 yang diadakan di Dewan Perdana 1, Universiti Malaya (UM) semalam.

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, pembangkang kini ketandusan calon PM sehingga sanggup memilih bekas pemimpin UMNO itu bagi merealisasikan impian mereka untuk ke Putrajaya.

“PRU13 lalu ada Pas, tapi kini tambah lagi dua parti, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), jadi mereka tonjolkan seorang yang pernah berada dalam UMNO dan pernah memimpin negara selama 22 tahun,” katanya lagi.

Ditanya mengenai citarasa pengundi bukan Melayu pada PRU14 akan datang, Sivamurugan berkata pengundi Cina sememangnya telah membuat pilihan awal dengan mengundi DAP.

Namun perkara itu boleh ditangani BN dengan menyelesaikan isu perpecahan pengundi Melayu di kawasan yang ditandingi oleh DAP.

“Pengundi Cina telah pun membuat keputusan untuk PRU akan datang. 35 kerusi yang ditandingi DAP itu sudah ada pada mereka.

“Perpecahan yang berlaku kepada pengundi Melayu adalah faktor penyebab kepada kemenangan DAP di kawasan itu,” katanya. -MalaysiaGazette.