Home Politik Jamal tolak ‘budak hingusan’ jatuhkan Suee Lim 

Jamal tolak ‘budak hingusan’ jatuhkan Suee Lim 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli-ahli UMNO Cawangan Kampung Tali Air 6 Tengah, Sekinchan, malam semalam.

SEKINCHAN – Barisan Nasional (BN) memerlukan seorang calon yang lebih ‘kurang ajar’ untuk menumpaskan wakil rakyat DAP, Ng Suee Lim yang terkenal dengan kebiadapannya terhadap sensitiviti umat Islam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan.

Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, pihaknya menolak calon ‘budak hingusan’ untuk berentap dengan Suee Lim bukan kerana ‘melawan’ pucuk pimpinan tetapi enggan menerima kekalahan kali keempat pada PRU-14.

“Saya tak kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai itu ‘kurang ajar’, kuota di Sekinchan ini kuota MCA, kita mahu dalam PRU-14 ini kita menang di DUN Sekinchan

“Ini kerana kami tak mahu kita kecundang sekali lagi di DUN Sekinchan. Kita mahukan calon dari MCA yang lebih ‘kurang ajar’ daripada si kurang ajar, Suee Lim ini, baru kita boleh menang,” katanya berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli-ahli UMNO Cawangan Kampung Tali Air 6 Tengah kelmarin.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli-ahli UMNO Cawangan Kampung Tali Air 6 Tengah, Sekinchan, malam semalam.

 

Beliau juga berkata, jentera BN Parlimen Sungai Besar perlu memastikan calon yang akan diletakkan itu mampu merampas kerusi N04 itu daripada Suee Lim dengan meletakkan Tiong Lai selaku Pengerusi MCA Selangor.

“Untuk PRU-14 ini, ini kalilah kesempatan kita kena kalahkan dia (Suee Lim) dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa kena kerja tiga hingga empat hari tak tidur,

“Adab nak masuk masjid pun tak tahu, tapi belajar cakap Jawa, belajar cakap Banjar, membohongi orang Melayu kita,” katanya lagi – MalaysiaGazette.

1 Komen

  1. Cukuplah pak tongkol & konco2 yg ‘kurang ajar’. ada gentleman ok juga. kasi balance sikit la. Nanti nampak je BN ingat geng baju merah ‘polis pukul saya’, ‘cina babi’…Imej tu pun tak bagus. Kalau nak menang berhentilah cakap2 benda2 macam ini. PM kata… parti2 boleh bermimpi tapi PM yang tentukan siapa calon. Tunggu PM umum lah. Kalau sudah umum… kasi sapport lah itu calon.

Comments are closed.