CAMERON HIGHLANDS – Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kavyeas bertegas tidak akan sesekali menyerah kalah pada mana-mana ‘calon’ atau parti yang akan bertanding di kerusi Cameron Highland pada Pilihan Raya Umum ke-14, sebaliknya akan berjuang berhabis-habisan kali ini.
Menurut Kavyeas, beliau sudah ‘muak’ dengan segelintir pemimpin yang menganggap diri mereka sebagai calon kerusi tersebut namun tidak banyak mempamerkan komitmen memperjuangkan masyarakat di kawasan itu dan lebih berminat untuk bertanding sahaja.
“Saya telah buat keputusan, saya tidak akan sesekali berganjak daripada keputusan untuk memperjuangkan kepentingan warga Cameron Highlands. MyPPP akan tetap bertanding di Cameron Highlands walaupun MIC juga mahu bertanding.
“Saya bersama parti saya telah berada di Cameron Highlands lebih daripada empat tahun, berjuang dalam menjaga kepentingan warga Cameron Highlands sekali gus menjaga kepentingan Barisan Nasional (BN).
“Cameron Highlands dibiarkan terbiar ketika parti MIC dilanda krisis dalaman untuk sekian lama. Saya ‘jaga’ kawasan ini malah sentiasa memberi perhatian serta keutamaan kepada masyarakat di sini selama ini. Saya bukan datang sini enam bulan lepas dan meminta kerusi ini untuk diberikan kepada parti kami.
“Walauapapun, kami sudah tekad. Kami tidak melepaskan kerusi ini dengan begitu sahaja kerana itu kehendak rakyat dan kemenangan BN adalah keutamaan saya dan MyPPP,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Jelas Kavyeas, beliau juga sudah bosan untuk pertukaran kerusi pada saat-saat akhir seperti yang berlaku sebelum ini.
“Saya tidak boleh tunggu setiap kali PRU, ada kerusi lain yang diberikan. Cara itu sudah tidak boleh digunapakai lagi. Kerana itu juga, saya telah berada di Cameron Highlands sejak empat tahun lalu dan bekerja di sini dan bukan tunggu menjelangnya PRU,” ujarnya.
Tambah Kavyeas dalam nada tegas, beliau bersama ahli parti yang lain akan lebih agresif berkempen di Cameron Highlands walaupun ada ‘segelintir’ pihak tidak menyenangi kehadiran mereka.
“Suka atau tidak, anda akan melihat kelibat kami di mana-mana di Cameron Highlands. Siapa calon, biar Perdana Menteri merangkap Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak buat keputusan. Beliau juga mahu calon yang benar-benar boleh menjadi ‘winable candidate’.
“Tidak ada guna untuk hanya bercakap sahaja mahu kerusi ini tetapi fokus serta komitmen terhadap kemenangan kawasan serta rakyat di pandang begitu sahaja. Kemenangan BN sangat penting ketika ini.
“Sejak dua PRU yang lepas, populariti BN sudah menurun kerana rakyat mahukan perubahan. Saya juga tidak menolak puncanya juga daripada pembangkang yang bijak memanipulasi fikiran rakyat. Tetapi kita juga jangan lupa, pengundi kita juga semakin bijak,” tegasnya.
Perebutan ‘kerusi selamat’ BN itu terus berlaku antara Kavyeas dan Penyelaras MIC Cameron Highlands merangkap Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivarraajh sejak beberapa bulan lepas.
Penyandangnya, Datuk Seri G. Palanivel merupakan bekas Presiden MIC sebelum diisyitihar menjadi Ahli Parlimen Bebas selepas hilang keanggotaanya dalam parti semasa krisis MIC pada 2015.
Sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri SK Devamny yang juga Timbalan Presiden MIC pernah menang dua kali berturut-turut di Cameron Highland iaitu pada PRU 11 dan 12. – MalaysiaGazette
kenapa tak bertanding di Taiping, tempat kamu dulu jadi MP….masa jadi MP Taiping,,apa kamu buat jasa di tempat itu….itu sebab pengundi reject kamu dan kamu kalah hanya sepenggal sahaja….PPP dah tak relevan dlm PRU di Malaysia…..
Saya tabik Tan Sri Datuk M . Kayveas dengan pendirian beliau. Beliau memang layak bertanding di parlimen Cam. Highland kerana beliau telah menjaga penduduk -penduduk disana dari segi sosio-ekonomi dan telah menjalinkan hubungan yang intim dengan semua lapisan masyarakat dengan ertikata lain Jalinan Rakyat (JR) menjadi batu asas dalam mengecapi kemenangan untuk Barisan Nasional dalam PRU-14 ini. Dalam usaha beliau beberapa tahun di Cam Highland kini memang menampakkan hasil pada umumnya perjumpaan dengan ketua2 parti komponen dan juga dengan masyarakat asli. Kini beliau juga dianggap “The Honourable Caretaker of Cameron Highland” and deserves to be honoured as The most outstanding Parliament Candidate, despite the backslash from our own component party members.. The others are trying to get The benefit from the Doubt. Now please support our Tan Sri as he’s one of the best candidate u can get in this parliamentary seat. The win for BN is the major task to be given priority instead of knocking each other’s head. Our rivals are the opponent not within us. In every hope of the people in Cam.Highland Tan Sri Datuk M. Kayveas will be the candidate. Dato Seri Najib will give his best shot for Tan Sri to lead this PRU -14 campaign in this Flora n Fauna city with blooming colours of rainbow in each n every petals of flowers..