Home Nasional Terowong dasar laut: Ahli perniagaan bebas dengan jaminan RM370,000

Terowong dasar laut: Ahli perniagaan bebas dengan jaminan RM370,000

Seorang ahli perniagaan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas dipercayai terlibat dalam skandal rasuah berjumlah RM3 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut Pulau Pinang. foto IQBAL BASRI, 03 MAC 2018.

PUTRAJAYA – Seorang lagi ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dari Pulau Pinang yang direman sejak Sabtu lalu bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima suapan sebanyak RM3 juta bagi menutup kes siasatan projek terowong dasar laut.

Majistret Khir Nizam Jemari memerintahkan lelaki berumur 64 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM370,000 dan seorang penjamin.

Suspek itu dipercayai memperdayakan sebuah syarikat pembinaan dengan mendakwa dirinya mampu ‘menutup’ kes siasatan rasuah oleh SPRM terhadap projek mega bernilai RM6.3 bilion.

Sabtu lepas, lelaki itu direman selama empat hari selepas dia ditahan SPRM di ibu negara sehari sebelum itu.

Syarikat itu yang kini dalam siasatan SPRM sejak tahun lepas dipercayai membayar RM3 juta kepada suspek menerusi empat transaksi pada tahun lalu.

Bagaimanapun, semalam, mahkamah membenarkan sambung reman lselama ima hari lagi terhadap seorang ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk Seri’ yang di dakwa menerima suapan sebanyak RM19 juta untuk menutup kes siasatan pembinaan terowong dasar laut.

Suspek yang berusia 37 tahun yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan rapat dengan beberapa ahli korporat dan ahli politik berpengaruh di negara ini ditahan reman sejak 28 Februari lepas.

Dengan menggunakan alasan tersebut, suspek telah mengadakan pertemuan dengan seorang pengarah syarikat pembinaan yang ketika itu sedang disiasat SPRM sebelum menawarkan bantuan untuk menutup kes tersebut dengan ‘bayaran’ tertentu.

Menurut sumber, syarikat berkenaan kemudian membayar suspek sebanyak RM19 juta secara berperingkat pada Julai dan Ogos tahun lalu dengan bayaran tunai sebanyak RM4 juta manakala bakinya melalui transaksi bank.

Walaupun kedua-dua kes ini mempunyai modus operandi yang sama, namun menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan berasingan bagi menyiasat kedua-dua induvidu ini yang dipercayai ‘mampu’ menutup siasatan.

Kata Azam Bakri, siasatan ke atas kedua-dua individu ahli perniagaan yang ditahan reman itu akan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima wang suapan.

“Kedua-dua kes ini tidak saling tidak berkaitan kerana dua induvidu ini terbabit dikatakan menerima sejumlah wang sebagai suapan untuk menutup kes sisatan SPRM ke atas projek terowong dasar laut.

“Lebih wajar untuk siasatan ke atas kedua-dua mereka dibuat secara berasingan berbanding siasatan sedia ada ke atas projek mega ini,” katanya. – MalaysiaGazette