Home Politik Masa saya PM tak ada bising kata anak saya kaya

Masa saya PM tak ada bising kata anak saya kaya

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas pihak yang mempersoalkan kekayaan dimiliki anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir walhal isu tersebut tidak pula dibangkitkan ketika eranya menjadi perdana menteri.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata, walaupun anaknya itu kaya ia adalah hasil usahanya sendiri dan bukan atas pengaruhnya.

“Masa saya PM depa (mereka) kaya tak? Tidak ada khabar angin mengenai kekayaan anak saya menjadi sangat kaya.

“Jika mereka kaya sekarang, itu adalah usaha mereka sendiri dan mereka layak untuk kaya,” kata beliau semasa sidang media di Parlimen selepas taklimat Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Jelas Mahathir,, beliau tidak boleh menghalang anaknya untuk berniaga, malah ada juga perniagaan yang dijalankan gagal tetapi tidak pula ada orang mempersoalkannya.

“Saya tidak boleh hentikan mereka berniaga… kadangkala mereka juga gagal tapi tidak pula dilaporkan,” katanya lagi.

Terdahulu viral dalam media sosial berhubung gaya hidup mewah anak Mukhriz, Meera Alyanna Mukhriz, cucu Pengerusi PH itu.

Kehidupan anak Mukhriz yang lebih dikenali sebagai Ally itu mewah umpama selebriti, sering menggayakan pakaian berjenama serta dan menjadi tumpuan pengguna media sosial.

Dalam masa yang sama, Mahathir juga berkata, PHmasih belum memutuskan berhubung keputusan Maria Chin Abdullah untuk bertanding dalam PRU-14 sebagai calon Bebas menggunakan platform PH.- MalaysiaGazette