LONDON – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho tidak akan dikenakan sebarang hukuman dari Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas dia didapati tidak sengaja menendang botol air ke arah penyokong Palace ketika kemenangan 3-2 ke atas Crystal Palace, kelmarin.
Insiden itu berlaku ketika United ketinggalan 0-2 pada babak pertama di Selhurst Park apabila Mourinho dilihat begitu kecewa dan bertindak menendang botol kosong secara tidak sengaja.
Pengendali kelahiran Portugal itu pada awalnya dikatakan bakal berdepan tindakan dari FA.
Musim lalu, Mourinho didenda £16,000 dan digantung satu perlawanan ketika West Ham. – MalaysiaGazette