Home Sukan Malaysia jadi gelanggang pertarungan Pacquiao

Malaysia jadi gelanggang pertarungan Pacquiao

Manny Pacquiao

MANILA – Peninju, Manny Pacquiao mengesahkan beliau akan kembali ke gelanggang pada tahun ini.

Bekas juara dunia itu akan menentang sama ada Lucas Matthysse atau Danny Garcia pada pertarungan yang akan diadakan di Malaysia, lapor Irish Mirror.

Sebelum ini Pacquiao menolak untuk bersemula dengan Mile Alvardo.

Peninju itu memberitahu ABC-CBN: “Sudah pasti, Malaysia di mana kami akan bertarung,”

“Jika bukan Mei ia akan diadakan pada Jun, oleh itu persediaan tidak akan bertentangan dengan tugas saya,”.

Pacquiao mendakwa ramai di Malaysia memintanya bertinju menyebabkan pertarungan tersebut diadakan di negara itu.

“Kerana mereka di Malaysia merayu juga menyebabkan pertarungan diadakan di sana,” katanya.

Sepanjang keriernya, Pacquiao mencatatkan 59 kemenangan, tujuh kali kalah dan dua kali seri.

Sebelum ini, beliau bersetuju untuk menentang Jeff Horn namun menarik diri kerana komitmennya sebagai Senator di Filipina.

Matthysse (39-4) yang kini juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) mungkin menjadi pilihan Pacquiai untuk menentangnya.

Garcia (34-1) hanya kalah hanya sekali sepanjang karieirnya apabila tewas kepada Keith Thurman pada tahun lalu.

Peninju warga Amerika Syarikat itu menewaskan Matthysse pada 2013. – Agensi