Home Ekonomi Malaysia Airlines tawar diskaun hingga 30%

Malaysia Airlines tawar diskaun hingga 30%

KUALA LUMPUR- Sempena Pesta Perjalanan Malaysia Airlines (MATF) 2018, syarikat penerbangan nasional itu memberikan diskaun sehingga 30 peratus kepada harga tiket bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

Dalam kenyataannya, Malaysia Airlines berkata, para pelanggan boleh berjimat bagi perjalanan di antara bandar contohnya Kota Bharu dan Pulau Pinang yang hanya menelan belanja RM89 sehala.

Bagi penumpang yang mahu terbang ke Alor Setar, Langkawi atau Kota Kinabalu boleh mendapatkan tambang serendah RM109, RM129 dan RM179 sehala sepanjang promosi ini.

Promosi turut merangkumi tambang bersih bagi bandar-bandar di Asean antaranya Phuket (serendah RM329), Singapura (RM369), Jakarta (RM399) dan RM459 ke Surabaya.

Tambang bersih melibatkan jumlah bagasi yang tidak terhad dalam lingkungan berat 30 kilogram bagi kelas ekonomi serta makanan dan hiburan percuma sepanjang penerbangan.

Tambah Malaysia Airlines, promosi hebat itu turut merangkumi destinasi-dedtinasi antarabangsa seperti Sydney, Seoul dan London.

Promosi bermula hari ini dan akan berakhir pada 12 Mac nanti manakala tempoh perjalanan bermula sekarang sehinggi 19 November bagi destinasi dalam negeri.

Bagi destinasi antarabangsa tempoh perjalanan bermula 12 Mac sehingga 31 Oktober.-MalaysiaGazette