Home Nasional Mahkamah tolak permohonan keluarkan ahli kru kabin dari NUFAM

Mahkamah tolak permohonan keluarkan ahli kru kabin dari NUFAM

KUALA LUMPUR -Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan MASEU atas permohonan mengeluarkan semua pekerja dan ahli kru kabin dari kesatuan NUFAM.

Dengan keputusan itu maka isu halangan atau mencabar hak keahlian kesatuan pekerja Anak Kapal Kabin NUFAM juga telah berakhir.

Kejayaan dengan kes keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada NUFAM juga adalah satu kemenangan besar buat kesatuan, kata kenyataan NUFAM hari ini.

“Kes ini juga telah membawa pelbagai masalah kepada NUFAM dan kaum pekerja anak kapal kabin dalam isu pengiktirafan dengan syarikat MAS sejak tahun 2013.

“Moga kemenangan ini dapat merapatkan lagi solidariti diantara pekerja dan kesatuan,” kata kenyataan yang sama.-MalaysiaGazette