MUMBAI – Jabatan Bomba sedang bekerja keras untuk mengawal kebakaran di sebuah kilang kimia di barat Maharashtra.
Kebakaran itu mengorbankan tiga mangsa, turut menyebabkan beberapa anggota bomba cedera.
Polis telah mengepung kawasan berkenaan bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat.
Pasukan penyelamat percaya jumlah mangsa yang terlibat meningkat.
Beberapa saksi memberitahu, kebakaran itu disusuli dengan letupan seperti ‘bunyi bom besar’ lewat malam tadi.
Gegaran akibat kebakaran itu boleh dirasai sehingga 12 kilometer. – MalaysiaGazette