KAHERAH – Para pegawai atasan Israel dan Arab Saudi mengadakan beberapa siri pertemuan sulit yang dianjurkan Mesir di Kaherah pada minggu lalu dengan lebih banyak isyarat menunjukkan hubungan yang lebih baik antara kedua-dua rejim, menurut Fars News yang memetik seorang pegawai Palestinian Authority (PA).
Pertemuan tersebut merupakan ‘kemajuan signifikan’ dalam proses normalisasi antara Tel Aviv dan Riyadh, kata pegawai yang tidak mahu dikenali kepada akhbar Amiriyah Arab Bersatu, Khaleej Times.
Pertemuan antara pegawai Israel dan Arab Saudi berlangsung di sebuah hotel mewah di Kaherah, dengan kehadiran pegawai Mesir, membincangkan kepenntingan ekonomi Israel, Mesir dan Arab Saudi khususya rantau Laut Merah, tambah pegawai itu, lapor menafn.
“Hubungan mesra antara Israel dan Arab Saudi memberi kesan buruk kepada Palestinian Authority,” katanya sambil menambah ‘Israel kelihatan tidak lagi menjadi musuh utama di rantau ini’.
Ketika ketiga-tiga negara merupakan negara penting dalam merealisasikan ‘penjajian abad ini’, Riyadh masih bergantung kepada Kaherah yang merupakan antara sekutunya.
Mesir menyokong Arab Saudi dalam peperangannya ke atas Yemen selain menyertai negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada tahun lalu. – Agensi