MANCHESTER – Jose Mourinho masih belum dapat memastikan sama ada Paul Pogba bersedia untuk beraksi menentang Sevilla Selasa ini.
Manchester United akan berdepan Sevilla dalam aksi timbal balik kalah mati untuk menempah slot ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Pemain berusia 24 tahun itu bergelut untuk kembali cergas dan hanya memanaskan bangku simpanan dalam aksi pertama yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Sepanyol.
Pogba kini bergelut dengan masa untuk memastikan dirinya dalam beraksi dalam perlawanan yang akan diadakan di OLd Trafford awal pagi Rabu selepas terlepas peluang beraksi menentang Liverpool Sabtu lepas.
Mourinho masih menunggu laporan perubatan bekas bintang Juventus itu sebelum membuat keputusan.
“Saya tak pasti, tetapi saya akan bercakap dengan dia secepat mungkin mengenai perkembangannya. – Agensi